fbpx

Baru karaoke, sedap betul suara Hannah Delisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA kini muncul dengan single berjudul Akan Tiba.

“NAMPAK relaks, rupa-rupanya suara sedap.”

Itu antara komen netizen yang diberikan kepada Hannah Delisha apabila video dia menyanyikan lagu milik penyanyi antarabangsa Muni Long berjudul Made For Me di pusat karaoke tular dalam media sosial.

Perkara tersebut mengejutkan ramai apabila berlaku transisi suara penyanyi asal kepada milik Hannah dalam video tersebut.

Disebabkan masih ramai yang masih belum mengetahui Hannah pernah mempunyai single sendiri, rata-rata netizen terkejut pelakon itu mampu menyanyi dengan baik.

Majoritinya memuji nyanyian selain menyamakan suara pelakon filem Langsuir itu seperti penyanyi asal lagu tersebut.

“Bukan semua penyanyi boleh melontarkan suara dengan baik ketika duduk tetapi Hannah hebat!

“Ini barulah artis yang ada pakej lengkap, terbang tinggu Hannah,” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI