fbpx

Anwar luang masa bertemu Dr. Omar Suleiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pertemuan bersama Dr. Omar yang dikongsi Perdana Menteri hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr. Omar Suleiman di kediamannya.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.

“Saya, Azizah dan keluarga berkesempatan menyantuni Dr. Omar Suleiman, sosok pendakwah tersohor Amerika Syarikat semalam.

“Selain bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia Barat, kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” tulis Anwar.

Dr. Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI