fbpx

[VIDEO] Anant Ambani, Radhika akhirnya berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkahwinan Anant Ambani dan pasangannya, Radhika Merchant, berlangsung malam tadi seperti acara karpet merah. Foto oleh AFP.

MUMBAI – Selepas berbulan-bulan menayangkan pra-perkahwinan mewah ke seluruh dunia, akhirnya perkahwinan sebenar anak lelaki terkaya Asia, Anant Ambani dan pasangannya, Radhika Merchant, berlangsung malam tadi seperti acara karpet merah.

Anant, anak kepada Pengerusi Reliance Industries, Mukesh Ambani akan disatukan dengan Radhika merupakan anak kepada taikun farmasi, Viren dan Shaila Merchant.

Perayaan perkahwinan yang dibuat secara mewah dan besar-besaran selama empat hari di bandar Mumbai merupakan yang terakhir dalam rangkaian pesta mewah yang dianjurkan keluarga hartawan itu sejak Mac lalu.

Selama empat hari pesta pra-perkawinan, jutawan berkenaan menerbangkan bintang-bintang pop Hollywood seperti Rihanna dan Justin Bieber untuk menghiburkan tetamu jemputan sekali gus menarik perhatian dunia.

Semalam mereka sekali lagi menerbangkan selebriti Hollywood terkenal Kim Kardashian dan kakaknya, Khloe.

Acara besar-besaran itu didakwa penduduk setempat telah mengakibatkan kesesakan lalu yang teruk di Mumbai.

Anant Ambani dan Radhika Merchant. Foto oleh AFP.

Mukesh Ambani, 66, pada masa ini berada dalam senarai orang ke-10 terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaannya ialah AS$115 bilion, menurut Forbes.

Pengantin lelaki, Anant Ambani pula merupakan anak bongsu daripada tiga anak jutawan itu yang kesemuanya menganggotai Reliance Industries.

Lelaki berusia 29 tahun itu terlibat dalam perniagaan tenaga Reliance dan sebahagian daripada Lembaga Yayasan Reliance.

Annant dan pasangannya akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam upacara tradisional Hindu di Pusat Konvensyen Dunia Jio.

Laporan media menyebut, mereka sekeluarga akan mengadakan majlis resepsi besar-besaran sepanjang hujung minggu, sebelum majlis resepsi terakhir untuk kakitangan kediaman mereka pada lusa.

Sementara di pelbagai laman media sosial mencadangkan penyanyi ternama, Adele diundang untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan itu, namun, tiada sebarang pengesahan daripada keluarga berkenaan.

Polis Mumbai mentakrifkan perkahwinan itu sebagai “acara umum” kerana ia akan turut dihadiri oleh beberapa tokoh kenamaan antarabangsa dan India, lapor agensi berita antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

@ticktrend The most beautiful Bride #radhikamerchant #bridalentry mind blowing ENTRY 🦢 😲♥️ 👰🏻‍♀️#bridalentrygoals #ShreyaGhoshal‘s #live #performance for Radhika Merchant’s #entrance was a magical moment. #ambaniwedding #bridal #makeup #dress #weddingdress #jewelry #swan #anantambani #weddingday ♬ Sohnneyaa – The Wedding Version – Shreya Ghoshal & Laqshay Kapoor & Ravi Singhal & DJ Nitish Gulyani

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI