fbpx

Warga emas maut rumah terbakar dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa yang terbakar di Kampung Bukit, Wakaf Bharu dekat Tumpat malam tadi. - IHSAN BOMBA

TUMPAT – Seorang wanita warga emas maut selepas rumahnya di Kampung Bukit, Wakaf Bharu, di sini malam tadi terbakar dipercayai terkena panahan petir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Halimah Awang, 85, dijumpai dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air di rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 malam.

Menurutnya, seramai 21 pegawai dan anggota bersama jentera dari balai Bomba Wakaf Baharu serta Tunjong bergegas di lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati rumah tersebut sudah terbakar sebanyak 70 peratus. Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 8.37 malam.

“Seorang wanita berusia 85 tahun kemudian ditemui di dalam bilik air pada pukul 8.53 malam. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggalkan dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nazah memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI