fbpx

[VIDEO] Tumpahan batu bata daripada treler punca sesak 30km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan orang awam di media sosial hari ini memaparkan tumpahan batu bata akibat kemalangan di di KM 27.5 Arah Barat (Genting Sempah - Gombak), petang tadi.

PETALING JAYA – Sebuah treler yang membawa muatan batu bata dilaporkan terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan aliran trafik tinggi di KM 27.5 Arah Barat (Genting Sempah – Gombak).

Menerusi hantaran yang dimuat naik Facebook Lebuh Raya Pantai Timur, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Tumpahan batu bata yang berpunca daripada treler berkenaan dari KM 31.6 hingga ke lokasi kemalangan menyebabkan lorong kecemasan, tengah dan laju terhalang.

Menerusi beberapa video dan gambar orang awam yang tular di media sosial, tumpahan batu bata itu bertaburan di atas jalan raya sehingga menyebabkan kesukaran kenderaan untuk melalui laluan tersebut.

Bagaimanapun, punca kemalangan dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI