fbpx

Uruguay kalah kerana kad merah Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMASUKAN Suarez (kanan) gagal membantu Uruguay apabila tewas di separuh akhir semalam. - AFP

CHARLOTTE – Uruguay harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kelebihan menentang Colombia yang ‘tempang’ dengan 10 pemain apabila tewas 0-1 pada aksi separuh akhir Copa America di Stadium Bank of America semalam.

La Celeste dilihat buntu mencari jalan untuk memecahkan benteng pertahanan Colombia yang bermain dengan 10 pemain sepanjang 45 minit babak kedua selepas Daniel Munoz dilayangkan kad merah di penghujung separuh masa pertama.

Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, tetapi jentera serangan Uruguay terutamanya penyerang Liverpool, Darwin Nunez dan kemasukan bekas bintang Barcelona, Luis Suarez masih gagal untuk melakukan percubaan tepat ke arah gawang lawan.

Kekalahan itu pastinya memberikan tamparan besar buat para peminat Uruguay yang sebelum ini merasakan skuad kendalian Marcelo Bielsa dilihat berpeluang cerah untuk menjuarai edisi kali ini berdasarkan prestasi semasa mereka sepanjang kejohanan.

“Sejujurnya saya lebih gembira jika pemain Colombia tidak dilayangkan kad merah kerana ia akan menjadikan perlawanan ini terbuka buat kedua-dua pasukan.

“Apabila Colombia hilang seorang pemain, ia sememangnya menyukarkan kami disebabkan pendekatan permainan mereka selepas itu jika dibandingkan ketika 11 lawan 11,” kata Bielsa.

Sebagai rekod, ini adalah pencapaian terbaik Uruguay di pentas Copa America sejak bergelar juara pada 2011 memandangkan empat edisi terdahulu mereka gagal melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir.

Uruguay tewas di suku akhir pada 2015 dan terkandas di peringkat kumpulan setahun kemudian sebelum mengalami nasib sama apabila perjalanan mereka tersekat di pusingan 8 pasukan terbaik sewaktu 2019 serta 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI