fbpx

Tiga maut, Proton Wira, Nissan Navara bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Proton Wira dan Nissan Nivara yang terlibat dalam kemalangan maut meragut tiga nyawa di Jalan Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Tiga termasuk dua wanita maut apabila kereta Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara bertembung dalam kemalangan di Jalan Mengabang Lekor, Batu Rakit di sini malam tadi.

Kemalangan pada pukul 9.15 malam itu meragut nyawa Zaini Ambak, 46, serta Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, dan isterinya, Nur Mimi Aliya Mohd. Shukri, 18.

Suami Zaini, Rasdi Yaakob, 58, yang memandu Nissan Navara pula mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Zaini dan Rasdi yang menaiki kenderaan Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Rahmat, Setiu dari Kampung Pak Tuyu di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira dinaiki Muhammad Iqwan dan Nur Mimi Aliya dari arah bertentangan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bersebelahan.

“Kereta Proton Wira itu kemudiannya merempuh kenderaan Nissan Navara dinaiki Zaini dan suaminya,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, Zaini dan Nur Mimi Aliya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Muhammad Iqwan pula menghembus nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut.

“Suami Zaini, Rasdi yang cedera pula menerima rawatan di hospital sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI