fbpx

Tiga anak ADHD, suami pula lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAIMESA (dua dari kiri) menunjukkan luka pada belakang badan suaminya yang perlu dicuci setiap hari ketika ditemui di rumahnya di Balok, Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Seorang wanita sanggup mengetepikan keadaan kesihatan sendiri demi menjaga suaminya yang menghidap strok dan tiga anak yang mempunyai sindrom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Walaupun mempunyai masalah jantung dan ketumbuhan fibroid, Norhaimesa Mansor, 47, tidak mendapatkan rawatan susulan kerana mahu mengutamakan suami, Kamaruzaman Othman, 55, serta anak-anak.

Tiga anak pasangan itu ialah Mohamad Nur Zariff Muqri Kamaruzaman, 20 Mohamad Nor Zariff Haziq, 17, dan Mohamad Nur Zariff Adam, 13.

Menurut Norhaimesa, suaminya disahkan strok dan lumpuh sebahagian badan sejak tujuh bulan lalu dan baru selesai menjalani pembedahan membuang darah tersumbat di belakang badannya baru-baru ini.

“Suami perlu mencuci luka setiap hari di klinik berhampiran dan berulang-alik ke hospital setiap dua minggu untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di Balok, di sini baru-bru ini.

Norhaimesa memberitahu, suaminya yang juga bekas jaga sudah lapan tahun tidak bekerja kerana menghidap masalah saraf dan darah tersumbat sehingga menyebabkan kecacatan pada tangan dan kakinya.

Anak sulungnya pula dikesan mempunyai sindrom ADHD ketika berusia 11 tahun sebelum diberitahu dua lagi anaknya mempunyai simptom sama oleh doktor. Mereka adalah pemegang kad orang kelainan upaya.

“Suami terima pencen ilat sebanyak RM500 sebulan, tetapi semua wang itu digunakan untuk perbelanjaan rawatan susulan dan ubat-ubatan. Anak sulung pula bekerja sebagai pembantu kedai, namun gajinya hanya cukup untuk menyara kehidupannya sendiri,” kataya.

Keluarga itu turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat berupa barang keperluan sebanyak RM200 sebulan, namun tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubu­ngi Norhaimesa di talian 013-9610696 atau menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7630986857.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI