fbpx

‘Tak apa jika tidak menang podium sekarang’, PHM perli siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan PHM di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Perkongsian Public Health Malaysia (PHM) hari ni tentang ‘kegagalan di podium’ mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi respons yang diterima, rata-rata menggambarkan mereka memahami kenyataan berkenaan dibuat untuk ditujukan kepada seseorang.

“Lewat bukan bermaksud kegagalan. Mungkin ia sedang bersiap sedia untuk pecutan yang lebih hebat!

“Tidak mengapa jika tidak menang podium sekarang, tangga yang lebih tinggi menanti anda,” tulis PHM di Facebook.

Dalam masa sama, pengguna media sosial turut menyifatkan bahawa PHM tidak pernah gagal mengikuti ‘perkembangan semasa’.

“Sentiasa ‘update’ isu semasa. Gagal tak salah, yang salah adalah menunggang kegagalan untuk nampak menang di mata orang ramai,” komen Nurul Fakhriah Ramli.

“Sempat lagi min (admin),” ujar Dayana Zulkarnain.

“Faham min, ini demi suasana,” kata Jeffry Terimo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI