fbpx

‘Syed Saddiq berlari, bukan naik kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq

PETALING JAYA – Dakwaan sesetengah individu yang mengatakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berlari ketika ‘Langkah Muar’ adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana menerusi perkongsian Ketua Turus Ahli Parlimen Muar yang dikenali sebagai Jack di laman Facebook berkata, Syed Saddiq berlari mengikut laluan yang ditetapkan kira-kira 190 kilometer (km).

“Sebagai salah seorang yang terlibat dalam larian Langkah Muar, saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berkaitan beberapa fitnah yang mengatakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menipu.

“Ada yang terang-terangan kata SS (Syed Saddiq) lari sekejap dan selepas itu naik kereta. Ini tidak benar. Kami ada satu minggu setengah untuk persediaan #LangkahMuar. Anggaran jalan yang akan digunakan kira-kira 190KM,”tulis Jack.

Jack berkata, larian itu menggunakan jalan dalam kerana tak boleh berlari di lebuh raya dan juga ada isu keselamatan.

Malah pada hari pertama katanya, pasukan larian tidak ada masalah untuk mengikut laluan Muar-Telok Mas dan teruskan dari Telok Mas-Alor Gajah.

“Hari kedua untuk sesi pagi juga tak ada masalah sebab larian diteruskan dari Alor Gajah-Rembau.

“Bagi laluan Rembau-Seremban, pihak berkuasa nasihatkan tidak menggunakan beberapa jalan asal dalam plan kerana jalan sempit dan tiada ‘sidetable road’

“Laluan yang banyak kenderaan berat terutamanya pada waktu malam. Jadi kami ‘reroute’ Sungai Gadut-KTM Seremban,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Jack memaklumkan, larian ini bukan tidak ada berhenti kerana setiap 10 km akan rehat serta ada sesi pagi dan petang.

“Mula lari awal pagi sampai tengah hari. Lepas tu petang akan sambung semula hingga jam 10 atau lajak hampir 11 malam.

“Ada tidur, ada makan, kena ‘recovery’, dan of course kena naik kereta bila berehat dan nak pergi makan.

“Sini disertakan juga kemaskini data dari strava. Jemput tengok di https://strava.app.link/8DYOSifN8Kb,”kongsinya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI