fbpx

Pembiayaan sehingga RM300,000 untuk doktor veterinar bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan skim pembiayaan baharu dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) bagi membantu doktor veterinar bumiputera.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, melalui program itu, Mara menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 kepada doktor veterinar bumiputera untuk membuka klinik veterinar.

“Buat doktor-doktor veterinar bumiputera, Mara perkenalkan skim pembiayaan baharu sehingga RM300,000 untuk buka klinik veterinar sendiri. Ini merupakan peluang untuk usahawan veterinar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Program pembiayaan untuk doktor veterinar bumiputera itu terbuka kepada graduan universiti atau kolej bagi ljazah Kedoktoran Veterinar berumur 45 tahun dan ke bawah.

Antara syarat ditetapkan adalah pemohon perlu berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC) dan memiliki Sijil Amalan Tahunan yang sah.

Selain itu, mereka juga perlu mempunyai pengalaman dalam bidang veterinar sekurang-kurangnya dua tahun serta tidak terikat dengan mana-mana kontrak.

Mereka juga perlu bebas senarai hitam CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS), Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) dan Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI