fbpx

‘Rumah ini pasti sunyi tiada lagi Akil, Luth’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nazar menunjukkan gambar Muhammad Luth Syauqi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim baru-baru ini.

KULIM – “Dua cucu saya sudah tiada, rumah ini pasti sunyi tanpa keletah mereka yang menghiburkan saya dan nenek mereka”.

Demikian kata Muhammad Nazar Abdullah, 53, datuk kepada Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi yang maut akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, di sini pada Ahad lalu.

Muhammad Nazar berkata, dia dan isteri sempat menziarahi Muhammad Luth Syauqi pada pagi tadi dan keadaannya masih tidak berubah sebelum dimaklumkan cucunya itu sudah tiada pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

“Belum hilang sedih cucu saya, Muhammad Akil pergi pada Rabu lalu, hari ini adiknya pula menyusul. Namun apa pun saya reda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dua cucunya itu sangat manja dan akan mencarinya sebaik sahaja bangun dari tidur.

“Mereka suka ikut saya ke mana sahaja termasuk ke kandang lembu dan sekitar kampung. Keletah dua beradik itu sangat menghiburkan, rasa letih balik dari menoreh hilang bila tengok wajah mereka.

“Namun semua itu kini tinggal kenangan, memang sukar nak terima bahawa mereka sudah tiada,” ujarnya.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi kritikal selepas makan jajan yang dicampur racun tikus di rumah mereka di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim.

Jajan itu dicampur dengan racun tikus oleh pekebun bagi memerangkap monyet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI