fbpx

Precious of Malaysia tingkatkan imej pelancongan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farel (tiga dari kiri) pada sidang akhbar mengumumkan program Precious of Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru in

PETALING JAYA – FM Group Malaysia (FM Group) menganjurkan acara Precious of Malaysia pada awal bulan depan bertujuan untuk membantu mengangkat martabat fesyen klasik di negara ini dengan melibatkan kos sehingga RM1 juta.

Menurut penganjur acara FM Group, Farel Mikhail, antara program yang bakal berlangsung di bawah acara Precious of Malaysia itu adalah International Cultural Fashion Week (ICFW) pada 2 hingga 4 Ogos di Tun Razak Exchange (TRX) dan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos di Pavilion Damansara Heights.

“ICFW melibatkan pertunjukan fesyen dari Indonesia, Thailand, Filipina dan India yang mana mereka akan bertanding dengan mempersembahkan fesyen daripada budaya masing-masing.

“Pertunjukan fesyen ini secara tidak langsung dapat membantu menggalakkan sektor pelancongan dan mengeratkan hubungan antara negara yang terlibat.

“Ia juga dapat mempamerkan budaya klasik tempatan kepada masyarakat luar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar berhubung penganjuran acara Precious of Malaysia di sini baru-baru ini.

Farel berkata, pertandingan fesyen budaya ini juga adalah platform kepada pereka fesyen baharu atau yang sedang mencipta nama untuk melebarkan sayap dan mempamerkan bakat mereka.

Tambah beliau, acara ini sekali gus dapat membantu pereka- fesyen tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

“Ini adalah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.

“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan minat dalam bidang fesyen,” jelasnya.

Tambah beliau, Precious of Malaysia juga mahu memberi penghormatan tertinggi bagi pereka fesyen tradisional atau juga fesyen klasik tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI