fbpx

Pokok tumbang akibat ribut, hempap kereta penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN pokok tumbang menghempap sebuah kereta di lokasi Taman Gadong Jaya, Seremban awal pagi tadi.- IHSAN APM

SEREMBAN – Hujan lebat berterusan berserta ribut sejak awal pagi tadi mengakibatkan kejadian pokok tumbang berlaku di beberapa lokasi di daerah ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seremban, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, pihaknya menerima 10 panggilan mengenai kejadian pokok tumbang di lokasi bermula pukul 1 pagi tadi.

Lokasi berkenaan melibatkan Kampung Batang Benar, Mantin; Jalan Gadong Jaya 17, Taman Gadong Jaya; Jalan Mantin menghala Seremban; Persiaran Desa Temiang dan Taman Seremban Jaya.

Turut terjejas dengan kejadian pokok tumbang adalah di Kampung Jijan Nilai; Jalan Sungai Gadut; Jalan Nilai Setia 2, Taman Nilai Setia; Jalan Lombong Emas 5, Jalan Lama ke Mantin dan Kampung Bukit Kadir.

“Pada pukul 2.10 pagi, kami menerima panggilan pertama melibatkan kejadian berkenaan di Kampung Batang Benar, Mantin.

“Terdapat dua kejadian pokok tumbang telah menghempap kereta juga berlaku iaitu di Taman Gadong Jaya dan Taman Seremban Jaya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seramai 10 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat terdiri daripada dua pasukan.

“Setakat jam 9.20 pagi, kedua-dua pasukan yang digerakkan telah selesai menjalankan tugasan dan masih melakukan kerja-kerja pemantauan di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI