fbpx

Jadi rider, influencer pun kena ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEJAK kebelakangan ini, bilangan anak muda yang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dilaporkan semakin menurun.

Ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kos pengajian yang tinggi dan lebih membimbangkan peralihan minat golongan muda kepada ekonomi gig selepas tamat persekolahan.

Trend ini menjadi antara topik hangat yang diperkatakan setelah statistik Jabatan Perangkaan pada 2022 menunjukkan lebih 70 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak membuat permohonan untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

Adakah hal ini berlaku kerana kesan pandemik Covid-19 atau pengaruh media sosial yang memaparkan gaya hidup mewah segelintir pihak dalam aktiviti gig hingga anak muda tidak minat belajar?

Ketua Pegawai Eksekutif di Kolej Islam Antrabangsa, Shaik Faridhudheen Anverdeen C.A. (M) tidak menafikan anak muda masa rela menjadi penghantar makanan dan pempengaruh.

“Ini menjadi faktor pelajar kurang sambung belajar. Jika mahu mengaitkan faktor ekonomi, ada pembiayaan pinjaman atau biasiswa untuk program terpilih terutama buat golongan B40.

“Trend ini berlaku kerana persepsi anak muda yang mementingkan mencari wang daripada pendidikan,” katanya.

Menurut beliau, meskipun peluang untuk memasuki universiti awam adalah terhad, masih terdapat banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang boleh menjadi alternatif untuk orang muda menyambung pengajian.

Bila sebut tentang IPTS, terpalit pula isu kos dan stigma ‘sijil berbayar’.

Shaik Faridh berkata, ia bukan satu isu jika program yang diambil mempunyai akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Berkaitan kos pula, ia bergantung kepada pemilihan IPTS dan ibu bapa perlu cakna dalam memilih kolej atau institusi serta program yang ditawarkan.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan kadar baharu untuk pembiayaan yang mungkin lebih bersesuaian berbanding semasa agar dapat memberi kelegaan buat golongan ibu bapa.

“Soal kos juga boleh dikawal jika kerajaan dapat menjaga keharmonian persaingan antara IPTS.

“Ini bermaksud setiap program yang ditawarkan perlu setara dengan taraf IPTS tersebut sama ada kolej, kolej universiti atau universiti penuh.

“Kalau boleh biarlah diploma ditawarkan hanya di peringkat kolej dan hanya sebahagian di kolej universiti, manakala untuk universiti pula hanya ijazah dan ke atas.

“Hal ini dapat membantu IPTS merancang lebih baik program mereka serta menawarkan kos berpatutan untuk menarik pelajar lepasan SPM khususnya menyambung pengajian di tempat mereka,” kata beliau.

Selain inisiatif yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan IPTS dalam usaha menarik minat lepasan SPM menyambung pengajian, orang muda juga perlu sedar bahawa meskipun aktiviti ekonomi gig boleh menjana pendapatan, namun ia juga mempunyai risiko tersendiri sekiranya dilakukan tanpa ilmu di dada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI