fbpx

Permintaan minyak dunia diramal memuncak pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 8 November 2018 menunjukkan kemudahan milik syarikat minyak dari Perancis, Total dirakam kira-kira 250 kilometer dari pantai Angola di Lautan Atlantik. - AFP

LONDON – Syarikat gergasi petroleum, BP mengunjurkan bahawa permintaan minyak global akan memuncak tahun depan walaupun dunia berdepan lonjakan penggunaan tenaga lestari khususnya angin dan solar, lapor akhbar Guardian kelmarin.

Berdasarkan ramalan yang dinyatakan dalam laporannya, BP menjangkakan penggunaan minyak dunia meningkat sekitar dua juta tong sehari dan akan memuncak kepada kira-kira 102 juta tong sehari pada 2025.

Laporan sama membayangkan penggunaan minyak dunia yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan. Perkara itu bakal berlaku dalam tahun 2030-an.

Pendedahan laporan oleh gergasi minyak itu dikatakan menimbulkan ancaman serius kepada sasaran iklim dunia untuk mencapai matlamat sifar karbon.

Berdasarkan trajektori semasa, permintaan minyak dunia dijangka kembali merudum kepada 97.8 juta tong sehari bermula 2035, iaitu 5 peratus lebih tinggi berbanding ramalan BP pada tahun lepas.

Ramalan sama menyatakan bahawa permintaan minyak dijangka kekal sekitar 80.2 juta tong sehari pada 2035, meningkat 10 peratus daripada unjuran tahun lepas.

BP berkata, biarpun tumpuan dunia kini kepada tenaga boleh diperbaharui, minyak akan terus memainkan peranan penting dalam sistem tenaga global untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Laporan syarikat itu mencetuskan kemarahan aktivis-aktivis alam sekitar kerana dianggap tidak mengotakan janjinya untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan gas sebanyak 40 peratus menjelang 2030, berbanding angka pada 2019.

BP dituduh mengurangkan pengeluarannnya sebanyak cuma 25 peratus selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine mencetuskan lonjakan harga pasaran dan permintaan minyak global.

Keputusan laporan kelmarin itu juga dijangka mencetuskan kebimbangan pakar dan aktivis bahawa peralihan global daripada penggunaan bahan api fosil khususnya petrol dan diesel ke arah tenaga bersih, mungkin menjadi lebih perlahan.

Unjuran itu sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan permintaan minyak mentah dalam kalangan negara-negara ekonomi membangun.

Ketua Ekonomi BP, Spencer Dale berkata, dunia berada dalam ‘fasa penambahan tenaga’, di mana penggunaan kedua-dua tenaga rendah karbon seperti tenaga boleh diperbaharui serta tenaga daripada bahan api fosil, terus meningkat.

“Bagi mengekang peningkatan pelepasan gas rumah hijau, tenaga boleh diperbaharui perlu berkembang pada kadar yang sepadan dengan peningkatan permintaan tenaga dunia,” tambah Spencer.

Selain itu, laporan kajian BP itu turut meramalkan bahawa kapasiti tenaga angin dan solar akan meningkat kira-kira lapan kali ganda menjelang 2050.

Perkembangan itu berlaku di bawah dasar iklim semasa dunia untuk mencapai senario sifar karbon.

Peningkatan besar-besaran dan ketara dalam projek tenaga boleh diperbaharui dijangka tertumpu kepada China di samping beberapa negara maju yang lain sepanjang dekad akan datang.

Tenaga boleh diperbaharui khususnya solar dan angin itu seterusnya dijangka menyumbang kira-kira 30 peratus hingga 45 peratus daripada permintaan tenaga global.

Pengembangan pesat dalam tenaga angin dan solar juga akan membolehkan penurunan selanjutnya dalam kos teknologi dan tenaga sekali gus menyokong lebih banyak projek bahan api boleh diperbaharui, kata BP.

Sementara itu, harga minyak mentah dunia meningkat kelmarin selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (AS) melaporkan pengeluaran inventori sebanyak 3.4 juta tong untuk minggu berakhir 5 Julai lepas .

Ia berbanding 12.2 juta tong yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI