fbpx

Penjual durian kena tampar kerana ‘offer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu memarahi dan mengugut seorang wanita yang cuba meleraikan pertengkaran itu. - Stomp

SINGAPURA – Seorang lelaki ditahan selepas menampar seorang penjual durian kerana berang mangsa menggunakan perkataan ‘offer’ atau tawaran untuk memikat pelanggan, lapor laman berita Stomp.straitstimes semalam. 

Kejadian berlaku di Blok 252 Jurong East Street 24, kira-kira pukul 4.35 petang pada 7 Julai lalu. 

Menerusi satu rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @add.me.lucky, lelaki itu dilihat menghampiri sebuah gerai durian yang mengulangi perkataan offer dengan kuat. 

Dia berdepan beberapa individu dipercayai penjual durian untuk mengetahui siapa yang menggunakan perkataan itu untuk mempromosikan jualannya. 

Lelaki itu terus memarahi mereka sambil menjerit dalam dialek Hokkien. 

Keadaan bertambah teruk apabila dia menampar salah seorang penjual itu.

Seorang wanita dipercayai pekerja di gerai berkenaan campur tangan dan mendesak suspek supaya berhenti menyerang. Namun, dia mengugut untuk memukul wanita tersebut. 

Pertengkaran itu dileraikan oleh seorang lelaki lain sebelum penjual durian itu menelefon polis. 

Polis menahan empat individu berikutan kejadian itu, iaitu tiga lelaki berusia antara 18 hingga 54 tahun dan seorang wanita berumur 36 tahun kerana mengganggu ketenteraman awam.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial dan ramai netizen mempersoalkan reaksi melampau lelaki itu.

“Saya rasa mereka berdua menjual durian, lelaki itu tidak gembira kerana mereka menggunakan perkataan tawaran,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI