fbpx

Pencuri pulangkan motosikal kepada pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Choiriyah bersama motosikal yang dipulangkan oleh pencuri. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila motosikalnya yang hilang kerana dicuri tiba-tiba dipulangkan semula, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Mangsa bernama Siti Choiriyah dan berusia 41 tahun. Dia memiliki motosikal jenama Honda Beat. 

Menurut mangsa, motosikal itu hilang di rumah selepas dia pulang dari Pantai Parangtritis bersama anaknya.

Kenderaan itu dipercayai dicuri sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Sentolo, wilayah khas Yogyakarta pada Jumaat lalu.

Susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sentolo kerana mengalami kerugian 8.7 juta rupiah (RM2,515).

Mangsa juga memuat naik kejadian tersebut di media sosial sehingga menjadi tular, menyebabkan pelaku mengembalikan motosikal miliknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI