fbpx

Pemancing jumpa mayat terapung di perairan Tanjung Tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui terapung oleh pemancing di perairan Tanjung Tuan, di sini, petang semalam. -IHSAN MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui terapung oleh pemancing di perairan Tanjung Tuan, di sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing kira-kira pukul 5.10 petang.

Menurutnya, berikutan itu, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.

“Kira-kira pukul 5.51 petang, PERKASA 37 tiba di lokasi dan telah menemui satu mayat lelaki, hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.

“Mayat tanpa identiti itu kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka danNegeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

-IHSAN MARITIM MALAYSIA

Ujar Mohd. Khairi lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atau kecemasan 999 yang beroperasi secara 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI