fbpx

Martin enggan kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN akan berusaha mengejar Bagnaia selepas tergelincir ke tangga kedua susulan insidennya terjatuh di GP Jerman baru-baru ini. - AFP

LONDON – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin tidak berputus asa dan tekad menggunakan segala kelebihan terutama pada jentera Ducati untuk memburu gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024.

Ketika ini, Martin ketinggalan 10 mata di belakang seteru utamanya, Francesco Bagnaia selepas terjatuh sewaktu Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Ahad lalu.

Hasil keputusan tersebut, Bagnaia kini memimpin carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 222 mata dan Martin di kedudukan kedua dengan 212 mata.

“Sudah pasti saya kecewa kerana terjatuh selepas mendahului 27 pusingan di depan. Sukar untuk saya terima tetapi saya perlu bangkit.

“Saya perlu bina semula keyakinan saya dalam baki perlumbaan musim ini dan terus berjuang, menganalisis dengan tenang apa yang berlaku.

“Saya perlu menumpukan perhatian untuk kembali ke tahap terbaik yang saya boleh,” kata Martin.

Dalam pada itu, Martin turut mengakui dia pasti akan berdepan tekanan besar untuk untuk memperjuangkan kejuaraan musim ini.

“Apa yang pasti, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sekiranya ingin mengejar Bagnaia. Jadi, saya perlu kembali ke podium semula,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI