fbpx

Mangsa pokok tumbang boleh tuntut ganti rugi melalui PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Mangsa yang terbabit dalam kemalangan akibat pokok tumbang boleh mengemukakan permohonan pampasan bagi tuntutan ganti rugi melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, setiap tuntutan yang dikemukakan, namun masih tertakluk kepada keputusan siasatan yang akan dijalankan pihak insuran lantikan PBT.

“Orang awam juga digalakkan bekerjasama dengan PBT bagi memaklumkan dan mendapatkan khidmat sokongan bersesuaian sekiranya terdapat kes pokok yang mendatangkan bahaya serta memerlukan tindakan segera,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Dr. Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) berhubung garis panduan penanaman pokok di tepi jalan di bawah seliaan pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan tempatan.

Terdahulu, Kor Ming berkata, sebanyak 5,913 kes pokok tumbang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di seluruh negara sejak 2023 hingga April lalu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu sebanyak 1,085 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Sementara kekerapan insiden pokok tumbang sepanjang tahun 2023 adalah 4,828 kes di seluruh negara.

“Bilangan kes tertinggi direkodkan di Selangor membabitkan 953 kes, diikuti Perak (575 kes) dan Johor (523 kes),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI