fbpx

Luth dikebumi sebelah kubur abang yang masih merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurain menyiram air mawar di pusara Muhammad Luth Syauqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan di Baling, malam ini.

BALING – Suasana sayu menyelubungi pengebumian Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, apabila jenazah disemadikan bersebelahan kubur abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3,
yang masih merah.

Jenazah Muhammad Luth Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, di sini kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Kira-kira 300 orang termasuk ibu arwah, Nurain Hasnorizal, 25, hadir mengiringi perjalanan akhir arwah.

Sebelum itu, jenazah tiba di rumah datuk dan neneknya di Kampung Banggol Berangan dari Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 11.07 malam sebelum disembahyangkan di Surau Lebai Ahmad terletak bersebelahan tanah perkuburan itu.

Muhammad Luth Syauqi menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Abangnya, Muhammad Akil Syauqi terlebih dahulu dijemput Ilahi kira-kira pukul 8.30 pagi, Rabu lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua beradik itu kritikal akibat termakan makanan ringan mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI