PETALING JAYA – Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, sekali lagi mengalami gangguan teknikal pada waktu puncak sehingga menyebabkan kekerapan semasa tren tergendala pagi ini.
Rapid KL menerusi kenyataan di laman X berkata, perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana gangguan teknikal pada pintu tren dan tidak dapat bergerak di Stesen Dang Wangi.
Sehubungan itu, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan, manakala perkhidmatan tren alternatif juga telah diaktifkan melibatkan tren perantara dari Putra Heights ke Masjid Jamek.
Selain itu, tren perantara dari Masjid Jamek ke KLCC dan tren dari Gombak akan berpatah balik di stesen KLCC. – KOSMO! ONLINE