fbpx

Lelaki tuntut wang belanja nikah daripada bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISKI membuat laporan tentang bekas tunangnya di Balai Polis Stabak, Sumatera Utara. - Foto Sumut,Pos.Co

JAKARTA  – Seorang lelaki membuat laporan polis selepas calon isterinya menggelapkan wang pernikahan mereka dalam kejadian di wilayah Sumatera Utara,  lapor portal berita Sumut.Pos.co., semalam.

Menurut lelaki berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Riski Agung Pratama,  wang yang dia berikan adalah untuk perbelanjaan majlis pernikahan mereka sebanyak 23 juta rupiah (RM6,664).

Bagaimanapun, apabila pertunangan itu diputuskan oleh calon isterinya, Riski meminta wang berkenaan dipulangkan.

Pada hujung bulan lalu, rombongan Riski datang ke rumah bakal isterinya yang dkenali sebagai SY itu. 

  “Setiba di sana, alangkah terkejutnya kami mendapati jawapan bahawa SY telah memutuskan hubungan dengan saya. Sedangkan, saya tidak memutuskan hubungan dengannya,” kata Riski.

Mendengar jawapan daripada keluarga calon isteri, Riski pun bertanya sama  ada terdapat lelaki lain datang ke rumah SY untuk meminangnya.

“Kata ibu SY, laki-laki tersebut adalah teman SY asal Medan. 

“Kami merasa tidak dihargai dan meminta wang (belanja pernikahan) dipulangkan.

“Namun setelah ditunggu, mereka tidak hadir ke rumah untuk memulangkan wang itu. Kami kemudian membuat laporan di Balai Polis Stabat,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI