fbpx

Kes cerai Harith Iskander, Dr. Jezamine tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUTAN kes cerai Harith Iskander dan Dr. Jezamine ditunda sehingga Oktober depan.

KUALA KUBU BAHRU – Perbicaraan kes perceraian pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang seharusnya berlangsung pada 15 Julai ini ditunda ke satu tarikh baharu.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Dr Jezamine, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Katanya, perbicaraan tersebut terpaksa ditunda disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Seperti sedia maklum kes itu memang wujud. Tarikh sudah ada, tapi ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan maklumkan tarikh baharu selepas ini.

“Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Jadi, tunggu tarikh baharu yang akan dimaklumkan,” katanya ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, hari ini selepas perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Terdahulu Dr Jezamine mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Jun lalu.

Untuk info, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI