fbpx

Kerajaan sedia bincang pinda Akta Lompat Parti – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah Presint 9, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia berbincang untuk meminda Akta Lompat Parti (Akta A1663) bagi menutup lompang yang wujud dalam akta berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengakui wujud kelompangan berkaitan akta berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mencadangkan supaya mana-mana yang dipecat daripada parti supaya mengosongkan kerusi.

“Dulu (2022 ketika di blok pembangkang), kita (PH) cadanag supaya mana-mana yang ditolak oleh parti ditolak (kosongkan kerusi) tapi tidak disetuju oleh kerajaan masa itu.

“Sebab dia (pembangkang) masa itu, orang UMNO masuk parti dia. So (jadi), bagi saya kalau nak pinda boleh kita bincang. Dulu dia menentang dan ramai tak tahu.

“So (jadi) kalau dia (pembangkang) nak pinda, kita boleh bincang. Boleh pinda,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah, Presint 9, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI