fbpx

‘Jika Bersatu tak puas hati, bawa ke mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKAFPERI

KUALA SELANGOR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak khilaf membuat keputusan tiada berlaku kekosongan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digugurkan keahlian mereka.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi berkata, keputusan itu membuktikan beliau dan lima yang lain tidak keluar daripada parti itu namun dipecat.

“Kuasa (pengosongan kerusi) memang berada pada Speaker (Dewan Rakyat) dan beliau mengambil kira pelbagai aspek termasuk Akta Anti Lompat Parti itu sendiri.

“Kami berenam (Ahli Parlimen) secara jelasnya tidak melompat parti,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pertimbangan itu diteliti sebaik mungkin dan mengambil kira arahan mengikut Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu.

“Jika pihak sana (Bersatu) tidak berpuas hati, mereka masih mempunyai ruang membawa perkara itu ke mahkamah,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI