GEORGE TOWN – Jenazah Muhammad Luth Syauqi, dua tahun yang meninggal dunia selepas termakan keropok bercampur racun tikus dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Baling, malam ini.
Jenazah kanak-kanak itu dibawa dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) pada pukul 9.25 malam tadi dengan diiringi ibunya, Nurain Hasnorizal, 25.
Jenazah Muhammad Luth akan dikebumikan di sebelah kubur abangnya Muhammad Akil Syauqi, tiga tahun yang meninggal dunia Rabu lalu.
Dalam kejadian Ahad lalu, dua kanak-kanak, Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth termakan makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.
Anak sulung Nurain, Muhammad Akil meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi Rabu lalu selepas 78 jam bertarung nyawa di PICU, HPP.
Muhammad Luth pula meninggal dunia kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi. -KOSMO! ONLINE.