fbpx

Jajan racun tikus: Adik Luth sudah pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Luth meninggal dunia pukul 1.24 tengah hari di PICU Hospital Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Anak kedua Nurain Hasnorizal, 25, Muhammad Luth Syauqi, dua tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Muhammad Luth meninggal dunia kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan ahli keluarga terdekat Nurain dan urusan berkaitan jenazah kanak-kanak itu sedang dijalankan di HPP.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan dicampur racun tikus.

Katanya, kanak-kanak berusia dua tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Proses bedah siasat akan dilakukan di HPP,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, tiga tahun dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi termakan makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi Rabu lalu selepas 78 jam bertarung nyawa di PICU, HPP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI