GEORGE TOWN – Seorang gadis maut apabila kereta yang dia pandu terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan di Jalan Paya Terubong, Relau di sini hari ini.
Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an itu disahkan mati di tempat kejadian akibat tersepit pada bahagian pemandu kereta jenis Perodua Viva.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.14 pagi tadi dan operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong.
“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapat seorang mangsa dalam keadaan tersepit di bahagian pemandu.
“Tindakan anggota adalah melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Ambulans St. John,” katanya di sini hari ini.
Beritahu jurucakap lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE