fbpx

Euro 2024: Tanpa VAR, England tidak ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain England meraikan kejayaan mereka melangkah ke pentas final Euro buat kali kedua berturut-turut. - AFP

DORTMUND – Pengurus England, Gareth Southgate melabel kejayaan pasukannya ke final Euro 2024 sebagai pencapaian terbaik England ketika di bawah kendaliannya.

Pada aksi separuh akhir awal pagi semalam, The Three Lions bangkit untuk menewaskan Belanda 2-1 yang menyaksikan Ollie Watkins muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

Ini adalah final kedua berturut-turut England di pentas Euro, sekali gus menjadi satu pencapaian yang dilihat luar biasa buat The Three Lions di bawah kendalian Southgate.

“Saya fikir ia adalah yang terbaik dan menjadi satu lagi tanda aras. Kami bermain dengan cukup baik sepanjang perlawanan walaupun agak sukar.

“Saya juga merasakan kami berjaya memberikan masalah kepada Belanda dan pada akhirnya ini adalah skuad terbaik. Inilah contoh terbaik yang dijelmakan oleh skuad kali ini untuk mencapai tujuan utama,” katanya.

Terdahulu, Xavi Simons meletakkan Belanda di depan seawal minit ketujuh, namun ia kembali disamakan oleh Harry Kane sebelum Watkins menoktahkan kemenangan buat England.

Kejayaan layak ke final kali ini juga seakan menutup segala kitikan yang dilontarkan terhadap Southgate yang mencipta kejutan dengan memasukkan Cole Palmer dan Watkins bagi menggantikan Kane serta Phil Foden.

“Adakalanya kejayaan ini boleh berlaku seperti itu, namun paling penting adalah pasukan ini sentiasa bersedia. Kami menghabiskan banyak masa bersama dan sikap pemain juga boleh dijadikan teladan.

“Harry (Kane) diterjah pada separuh masa pertama dan sudah tentu Ollie (Watkins) mampu berikan tekanan yang agak baik,” jelas Southgate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI