fbpx

Di mana Nur Farah Kartini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARAH KARTINI dipercayai hilang pada 10 Julai lalu. - IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Polis giat mengesan seorang gadis, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dilaporkan hilang sejak kelmarin dengan lokasi akhirnya di Taman Universiti di sini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, Nur Farah Kartini disedari hilang pada 10 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat keesokan harinya.

“Wanita itu berbangsa Melayu, berkulit cerah, tinggi lebih kurang 163 sentimeter, berat 58 kilogram, berbadan sederhana, tahi lalat bawah mata kiri.

“Penampilan terakhirnya ialah berpakaian korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan memakai seluar slack hitam,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau terus menelefon Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-459 6122.

Difahamkan, wanita ini merupakan seorang bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI