fbpx

Daun pandan ubat kencing manis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun pandan

PETALING JAYA – Selain memberikan aroma wangi dalam masakan, daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti antioksidan dan antikencing manis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi berkata, daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin yang bertindak sebagai antivirus.

“Kajian menunjukkan pengambilan ekstrak air daun pandan selama enam minggu boleh menurunkan gula dalam darah.

“Oleh itu, sebaiknya ekstrak air daun pandan digunakan ketika masak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah,” katanya.

Tambah beliau, ekstrak daun pandan pada kepekatan pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat.

Sehubungan itu, untuk jadikan kuih tahan lama, lebihkan sedikit ekstrak air daun pandan dalam pembuatan kuih tersebut.

“Kajian juga menunjukkan ekstrak air daun pandan boleh halang pertumbuhan bakteria shigella dysentriae.

“Bakteria ini berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit disentri (boleh menyebabkan luka dalam usus),” jelasnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI