fbpx

Biden ‘tersasul’ lagi, sebut Presiden Ukraine Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN (kiri) dan Zelenskyy pada Sidang Kemuncak NATO di Washington semalam. - Foto AFP

WASHINGTON  –  Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuat kesilapan dengan memanggil  Volodymyr Zelenskyy dari Ukraine sebagai Presiden Russia, Vladimir Putin, lapor akhbar Daily Mirror.

Beliau membuat rujukan itu pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington semalam. 

Ia berlaku hanya sejam sebelum sidang akhbar penting mengenai kempen pilihan raya bagi mempertahankan jawatannya sebagai Presiden AS yang mewakili Pari Demokrat untuk penggal kedua.

Dalam sidang akhbar itu, Biden kemudian merujuk kepada Naib Presidennya, Kamala Harris sebagai Naib Presiden kepada Donald Trump.

Pada hakikatnya, Trump tidak lagi menjadi Presiden AS.  

Sidang kemuncak itu memberi Biden peluang untuk meyakinkan pengundi Amerika tentang kesesuaiannya untuk memegang jawatan Presiden selama empat tahun lagi.

Sebelum ini, prestasi perdebatannya yang lesu menimbulkan persoalan sama ada beliau layak untuk bertanding melawan Trump dalam pilihan raya Presiden pada November ini. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI