fbpx

Bicara kes pukul bekas isteri, Hafidz Roshdi ditemani isteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ ditemani isteri baharunya, Athira untuk prosiding sebutan kes pukul bekas isterinya, Shuhada.

KUALA KUBU BHARU – Pelakon Hafidz Roshdi kelihatan ceria ditemani isteri, Athira Yuhada hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru bagi sebutan kes pukul terhadap bekas isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini.

Hafidz atau nama lengkapnya Mohammad Hafidz Roshdi, 29, dilihat memasuki ke perkarangan mahkamah sekitar pukul 9 pagi tadi.

Dengan wajah yang tersenyum ketika disapa media, Hafidz mengharapkan semoga proses persidangan berjalan lancar.

“Doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Pelakon itu didakwa atas pertuduhan mencederakan Shuhada dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

Untuk info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI