fbpx

Anwar sertai solat Jumaat bersama rakyat di Surau An-Najah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama jemaah selepas solat Jumaat di Surau An-Najah Presint 9, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau An-Najah, di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.45 tengah hari disambut Setiausaha Koperasi An-Najah, Zainal Mohd Yusof selain turut diserbu puluhan pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).

Solat Jumaat berkenaan diimamkan Ustaz Hazim Malim itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk Perihal Mizan (Timbangan Akhirat) yang disampaikan oleh Ustaz Hazim Malim.

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengingatkan jemaah bahawa setiap manusia akan melalui proses timbangan (mizan) di akhirat dan inilah keimanan yang dipegang oleh Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.

Terdahulu, Anwar turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di kawasan gerai makan Surau An-Najah.

Beliau tiba di gerai makan itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari bagi menikmati makanan yang disediakan di situ.

Antara hidangan yang disediakan adalah yang dijual di gerai makan itu termasuk tempe goreng, pisang goreng dan ayam gunting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI