fbpx

‘Alang-alang timbang kulit, timbang biji durian sekali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kulit durian seberat 500 gram yang dikongsikan di kumpulan Facebook tersebut.

PETALING JAYA – Biasanya harga sebiji buah durian dijual mengikut berat per kilogram (kg) iaitu ditimbang sekali bersama kulitnya, namun jika kulit durian mempunyai berat lebih daripada isinya, adakah ia berbaloi?

Menerusi perkongsian di Kumpulan Facebook, Kedah Version, seorang pengguna cuba membuktikan bahawa harga sebiji durian yang ditentukan melalui sistem timbang tidak berbaloi kerana berat kulit durian sahaja sudah separuh daripada berat durian yang ditimbang.

“Isteri saya nak buktikan kepercayaannya selama ini betapa tak sesuainya menjual buah durian gunakan sistem timbang. Hari ini dia telah menimbang sebiji durian sederhana besar. Beratnya 1. 05 kg. Setelah disisih isinya dan ditimbang kulitnya sahaja, berat kulitnya 500g.

“Maknanya apabila anda membayar, separuh daripada apa yang anda bayar itu hanya untuk kulitnya,” jelasnya di hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu menarik perhatian ramai yang turut bersetuju dan mula membuat perbandingan dengan buah-buahan lain yang ditentukan harganya melalui sistem timbang.

“Boleh dijual bertimbang tapi cuma dengan isi dan biji yang di bahagian dalam isi, ataupun dengan buang timbangan dengan kadar rawak untuk potongan bahagian kulit,” komen @azlan.

“Macam mana pula dengan nangka, manggis, cempedak. Lagi banyak kulit dari isi. Dah habis makan, tiba-tiba tak puas hati pula. Dah tahu tak puas hati ada kulit beli lah yang dalam kotak tu,” ujar @lianalee.

“Alang-alang timbang kulit durian, timbang biji dia sekali bang, makan tempoyak sudah kalau macam tu. Mari saya tolong asingkan biji siap-siap, ambil isi saja,” seloroh @peduulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI