fbpx

219 produk rotan, buluh Indonesia tanpa permit dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk rotan Indonesia yang dilupus kerana tidak memiliki permit import.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang melupuskan 219 unit produk rotan dan buluh dari Indonesia yang dianggarkan seberat 228 kilogram (kg) yang didapati tidak tidak mempunyai permit import, semalam.

Jurucakap Maqis berkata, kesemua produk rotan dan buluh yang bernilai RM1,704.25 itu dirampas hasil pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT).

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pengimportan konsainan tersebut yang bertujuan dipasarkan di dalam negara tidak mempunyai permit import yang sah.

“Kegagalan mengemukakan permit import Maqis yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Tindakan perundangan seperti merampas, menyita, melupus dan lain-lain boleh dilaksanakan jika berlaku pelanggaran terhadap akta terbabit.

“Sehubungan itu, prosedur pelupusan mengikut Tatacara Kuarantin telah dilaksanakan dengan tatacara serta kaedah yang dibenarkan,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, Maqis sentiasa bersedia dalam melakukan kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian dan ikan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI