fbpx

200 penghuni kondominium sakit mata 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan salah seorang mangsa yang mengalami jangkitan mata akibat air tercemar. - Pattaya Mail

BANGKOK – Kira-kira 200 penduduk sebuah kondominium di daerah Chatuchak, Bangkok terkena jangkitan mata akibat air yang tercemar sejak Jun lalu, lapor saluran berita Pattaya Mail semalam. 

Jangkitan itu dikaitkan dengan parasit yang ditemui dalam bekalan air bangunan, termasuk Acanthamoeba dan Microsporidia.

“Siasatan awal pada 14 Jun mendapati tiada sisa klorin dalam tangki air bangunan, sekali gus gagal memenuhi keperluan standard untuk air paip. 

“Ujian seterusnya pada 25 Jun mengesahkan tentang kehadiran patogen yang menjadi faktor kepada jangkitan mata dalam sampel air daripada  tangki simpanan bawah tanah dan tangki beberapa unit kediaman,” kata jurucakap BMA, Ekwarunyu Amrapal. 

Di sebalik usaha pihak pengurusan bangunan untuk membersihkan tangki dan menambah bancuhan  klorin, pemeriksaan susulan pada 3 Julai mendedahkan bahawa tiga tangki air tambahan tidak dibersihkan dengan sempurna.

Penduduk juga telah memfailkan aduan melalui pelbagai saluran, menggesa pihak berkuasa untuk menangani masalah itu dan meneliti amalan pengurusan badan perundangan kondominium.

Sekiranya pengurusan kondominium gagal mematuhi arahan penambahbaikan pada 11 Julai 2024, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kesihatan Awam 1992. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI