fbpx

Dua maut dalam Honda WRV kerana sedut gas helium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua wanita ditemui sudah berbau dan kembung dalam kereta jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan dua wanita yang mayat mereka ditemukan dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sungai Rambai, Bukit Mertajam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, laporan itu dibuat oleh waris mangsa pada 5 Julai lalu iaitu lima hari sebelum mayat mereka dijumpai.

“Kedua-dua si mati merupakan rakan karib dan laporan kehilangan dibuat oleh waris si mati pada 5 Julai 2024. Berdasarkan pemeriksaan di lokasi, kami tidak menemukan sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Punca kematian adalah akibat penyedutan gas helium,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, laporan polis tersebut dibuat oleh waris si mati di Seremban, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI