fbpx

Wanita selamba bawa bayi naik roller coaster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu menggendong bayinya menggunakan tangan. - @merapi_uncover

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang wanita yang membawa bayinya  menaiki roller coaster di sebuah taman tema di Indonesia, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @merapi_uncover, dia dilihat memegang bayi itu menggunakan kedua-dua tangannya. 

Lebih mengejutkan apabila bayi itu digendong tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan. 

Rakaman itu turut menunjukkan wanita terbabit kelihatan seronok tanpa rasa bersalah atau malu. 

Perbuatannya mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata berang dengan aksi itu kerana dianggap berbahaya. 

“Tidak tahu kenapa selain marah dengan si ibu, saya geram juga dengan petugas taman tema. Tidak mungkin bayi itu tidak ditemukan sebelum pemeriksaan. Sakit hati betul,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI