fbpx

Wanita potong jari ‘papa gula’ untuk akses perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gray (kiri) dan Miller (kanan) didakwa membunuh Fasil Teklemariam di apartmennya di Washington, DC. - Jabatan Polis Metropolitan

WASHINGTON – Seorang wanita ditahan kerana disyaki membunuh dan memotong jari kekasihnya yang jauh lebih berusia untuk mendapatkan akses aplikasi perbankan dalam telefon bimbit mangsa, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Tiffany Taylor Gray, 22, dilaporkan memasuki apartmen mangsa yang dikenali sebagai Fasil Teklemariam di Washington DC pada 1 April lalu.

Polis menemui mayat Teklemariam di kediamannya empat hari kemudian. Mereka mendapati ibu jari kanan mangsa dipotong, manakala lelaki berkenaan turut cedera di kepala akibat ditikam.

Seorang saksi memberitahu polis bahawa Teklemariam merupakan ‘sugar daddy’ kepada suspek dan dia menggunakan ibu jarinya sebagai kata laluan untuk menceroboh akaun bank mangsa.

Suspek menggunakan wang yang dicuri daripada akuan bank mangsa untuk membeli dadah dan alkohol. 

Pada masa sama, polis menemui aduan yang difailkan Teklemariam pada tahun lalu yang menyatakan bahawa Gray telah mencuri wang berjumlah AS$1,800 (RM8,449) daripada akaun banknya.

Gray ditahan pada 1 Julai lalu di kawasan Prince George’s County dan didakwa kerana membunuh dengan niat. Dia ditetapkan untuk diekstradisi ke Washington, DC.

Manakala rakan suspek ditangkap lebih awal, pada 21 Jun lalu serta turut berdepan dakwaan sama. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI