fbpx

[VIDEO] ‘Saya sihat, doakan yang baik-baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pempengaruh popular ketika dibawa anggota SPRM hari ini. Foto oleh Faisol Mustafa/Kosmo!

PUTRAJAYA – Pempengaruh popular yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi bantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat.

Suspek lelaki yang berusia 30 tahun itu turut memohon semua orang supaya mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat… mohon doa yang baik-baik,” katanya.

Lelaki itu berkata demikian ketika disapa petugas media yang menunggu di luar mahkamah semasa dibawa anggota SPRM untuk ke tandas sebentar tadi.

Pempengaruh itu dan isterinya yang berusia 26 tahun dibawa ke mahkamah pada pukul 9.19 pagi untuk mendapatkan permohonan reman atas dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Sebelum ini, pempengaruh itu menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang ditularkan dalam media sosial, sejak kebelakangan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI