fbpx

Tetamu isi wang tunai dalam kain untuk pengantin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tetamu tersebut memberikan sejumlah wang tunai yang terletak di atas kain. - @Pray__93

JAKARTA – Perbuatan tetamu undangan sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang memberikan wang tunai di dalam kain tanpa dimasukkan ke dalam sampul kepada pasangan pengantin mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Detiknews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @Pray__93, beberapa tetamu dilihat memegang kain batik itu yang berisi wang tunai. 

Kain itu turut dipegang oleh pasangan pengantin pada bahagian hujungnya. Tetamu itu kemudian bersalaman dan meninggalkan mereka. 

Kejadian berlaku di Desa Banyumeneng, wilayah Jawa Tengah. 

Menurut Ketua Kampung Banyumeneng, Muhammad Ajib Wahyudi, perbuatan itu merupakan tradisi penduduk setempat dan masih diamalkan sehingga kini.

“Perbuatan seperti ini sudah lama diamalkan, saya sendiri berkahwin juga begini. Saya juga sempat malu ketika itu. 

“Tradisi ini memang tidak menggunakan sampul dan mesti wang tunai,” kata Ajib.

Tambahnya, sumbangan tunai kepada pengantin tanpa sampul adalah lebih murni dan dianggap sebagai bersedekah tanpa mengharapkan balasan atau pemulangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI