fbpx

‘Terima kasih Erma bantu Fatiya pulih semula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatiya kini kembali dengan drama baharu arahan Erma Fatima berjudul Jangan Tinggal Abang, Dek!

PETALING JAYA – Teruja berpeluang menonton semula lakonan Fatiya Latiff, pelakon Zarina Zainuddin berterima kasih kepada pengarah Erma Fatima kerana berjaya memujuk aktres tersebut untuk muncul semula di televisyen.

Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 53, mengharapkan agar kemunculan semula itu akan memberi semangat baharu buat Fatiya untuk kembali aktif sebagai pelakon.

“Terima kasih kerana telah berjaya membantu Fatiya untuk pulihkan semula semangat dia. Insya-Allah,” katanya ringkas.

Pelakon filem Jwanita itu memberi reaksi tersebut di ruangan komen menerusi video sedutan penggambaran drama 10 episod bertajuk Jangan Tinggal Abang, Dek! dalam Instagram baru-baru ini.

Tidak hanya Zarina, malah peminat juga meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menyaksikan drama tersebut lebih-lebih lagi apabila kali terakhir Fatiya dipercayai muncul pada 2017 dalam naskhah Menanti Februari.

“Entah kenapa sebak bila tengok Fatiya. Saya suka sangat dengan lakonan dia. Semoga kembali kuat seperti dahulu.

“Fatiya jangan risau kerana ramai yang memberi sokongan untuk kembali sembuh. Tidak perlu buat muka untuk cantik. Hanya lakukan senaman dan terus ceria seperti dahulu.

“Semoga semangat Fatiya pulih seperti dahulu. Saya memang suka tengok drama Ariana Rose.

“Terima kasih Erma Fatima kerana memberinya peluang untuk buat kemunculan semula. Akhirnya Fatiya kembali beraksi,” ujar peminat di ruangan komen.

Fatiya yang sebelum ini terkenal menerusi drama Ariana Rose kini sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Tinggal Abang, Dek! bersama barisan pelakon antaranya Datuk Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira Suhaimi dan Alya Iman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI