fbpx

Syukur, bertahun saya tunggu Nora Danish – Umie Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umie bersyukur kerana rakan seperjuangannya, Nora Danish semakin mendekatkan diri dengan majlis agama.

PETALING JAYA – Semakin mendekatkan diri dengan majlis ilmu, kesediaan pelakon Nora Danish menghadiri sebuah program agama di Kedah pada Oktober depan menggembirakan rakan seperjuangannya, Datin Seri Umie Aida.

Kata Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, dia teruja kerana sudah lama menunggu detik bermakna itu, sekali gus bersyukur doanya dimakbulkan.

“Alhamdulilah bertahun-tahun ku menanti kehadiran mu untuk program Festival Sunnah.

“Akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ pada 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, insya-Allah,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Mereka bersama-sama mempromosikan Festival Sunnah 2022 yang bakak diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim menerusi laman sosial milik bintang filem Dukun itu.

“Jangan lupa saksikan saya dan Datin Seri Umie Aida di Festival Sunnah, insya-Allah,” ujar Nora pula.

Difahamkan, Umie dan aktres berusia 42 tahun itu akan memeriahkan acara tahunan tersebut bersama beberapa selebriti lain.

Menerusi semakan dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja serta bersyukur melihat transisi pelakon filem Polis Evo 3 itu belajar menutup aurat.

Bahkan ramai mendoakan agar Nora terus istiqamah ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.

“Alhamdulillah, sejuk mata memandang. 1,000 kali lebih cantik dengan berhijab,” kata seorang pengikut.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif kebelakangan ini kerap memuat naik foto bertudung yang membuatkan ramai mendoakan imej tersebut dikekalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI