fbpx

Suspek pecah cermin 6 kereta LRT Awan Besar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian khianat terbabit di LRT Awan Besar.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan dicekup semalam selepas disyaki terlibat dalam perbuatan khianat pecah cermin kereta di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil, di sini, Isnin minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya menerima enam laporan berhubung kejadian tersebut pada 2 Julai lalu.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat, lebih kurang 7 malam semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Daerah Cheras telah membuat risikan dan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun di Razak Mansion, Cheras, di sini.

“Suspek ini mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek turut terlibat dengan kes curi bungkusan dan kes pecah rumah di sekitar kawasan Cheras, di sini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Justeru itu, kita memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kesemua enam kereta ini diparkir oleh pemilik kenderaan pada 1 Julai lalu bermula pukul 3 petang di lokasi kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI