fbpx

Siti Nurhaliza sanggup turun kereta demi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

TIDAK pernah mengecewakan permintaan peminat antara sebab utama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus disayangi ramai.

Buktinya adalah menerusi satu video dikongsi seorang pengguna TikTok yang menunjukkan Siti sanggup keluar kereta demi memenuhi permintaan seorang ibu bersama dua anaknya.

Dalam video tersebut menunjukkan wanita bersama dua kanak-kanak menunggu penyanyi terbabit sebelum Siti dilihat turun daripada kenderaannya dan terus mengambil gambar berempat.

Senyuman penghibur kesayangan ramai itu tampak manis menguntum, sekali gus membuatkan ramai netizen memujinya.

Biarpun mungkin sudah sedia untuk bergerak ke acara lain, kesungguhan isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyantuni peminat itu seharusnya dicontohi artis lain.

MIZZ LAHAR: Masih tertanya-tanya siapa artis yang tumbuk kekasih. Ammar Alfian pun dah nafi bukan dia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI