fbpx

Sembunyi syabu RM4 juta dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan di Desa Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis merampas 126.18 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4 juta dalam serbuan di sekitar kawasan Desa Petaling, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan sekitar pukul 2.40 petang hingga 5.30 petang itu berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Preve.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 120 bungkusan berwarna hijau berisi bahan kristal disyaki dadah.

“Dalam serbuan ini dua lelaki tempatan ditahan berusia 37 dan 43 tahun dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan sekitar Lembah Klang.

“Operasi ini turut merampas syabu seberat 126.18kg bernilai RM4 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelasnya, sindiket dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun lalu.

Kata beliau, modus operandi digunakan sindiket adalah menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran menggunakan jalan darat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

“Saringan awal mendapati kedua-dua suspek negatif dadah, salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan dadah,” ujarnya.

Kata Kok Chin, dua buah kereta turut disita bernilai RM 97,700 membabitkan kereta jenis Perodua Alza dan Mercedes Benz.

Tambah beliau, pihaknya akan terus mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas untuk dibawa ke muka pengadilan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI