fbpx

Sarang pelacuran masih wujud kerana ada elemen sogokan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian program Global Madani Forum 2024 di Hotel Sunway Putra. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kewujudan sarang-sarang pelacuran di negara ini yang masih belum selesai dipercayai mempunyai elemen sogokan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun usaha berterusan tetap dijalankan bagi membanteras kegiatan berkenaan secara menyeluruh.

“Menteri Wilayah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa) memang ditugaskan bersama Datuk Bandar (Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh) kerana hal ini dibiarkan sekian lama termasuk semasa kerajaan terdahulu.

“Apa yang dibicarakan ketika ialah tentang gambaran itu yang berbeza daripada kenyataan kerana sekarang sejak tahun lalu kita sudah mula mengambil tindakan yang meluas,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Global Madani Forum 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kewujudan pusat-pusat pelacuran yang beroperasi semula walaupun pernah diserbu pihak berkuasa berbeza dengan tindakan di Surabaya, Indonesia yang berjaya menutup pusat persundalan terbesar di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Dolly.

Selain itu, Anwar berkata beliau percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke arah mengesan kegiatan rasuah membabitkan kegiatan berkenaan.

“Saya percaya kalau ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram semua ini.. mesti ada elemen sogokan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI